21 November 2009 Sedikit Cetusan




Kelihatan malam yang suram dipenuhi bulan purnama.Suara riuh-rendah penduduk Arab terutamanya bunyi hon kereta yang tidak berhenti-henti,kembali tenang apabila jarum jam menunjukkan pukul 12.00 malam.Angin yang amat sejuk berdarjah 17 celcius bertiup mencengkam diri yang hanya berbalut sweater yang tidak seberapa tebal ini menunjukkan akan masuk musim sejuk di Mesir tidak lama lagi.Namunku gagahkan tangan jari-jemariku untuk meluahkan saki-baki apa yang terdetik membuak-buak dihati ini mengurai seribu persoalanan.Apakah yang ingin diperbuatkan dengan blog ini?Adakah sekadar mencerita diari hidup semata-mata ataupun sebagai medan dakwah ataupun ??...Setelah berfikir sejenak sejenak.Terlintas difikiran ini untuk saya mengetengahkan sedikit kisah-kisah pedoman untuk dikongsi bersama.Mungkin sebilangan besar kalian sudah mendengar dan mengetahui akan kisah-kisah yang saya paparkan.Namun sejauh manakah penghayatan dan motif sesebuah kisah ini melekat didalam diri kita?Oleh itu,besar hati saya untuk memperingatkan semula akan kisah-kisah tersebut.Walaupun kisah@cerita ini hanya sekadar boleh dibaca.Namun ,demikian ambillah sedikit manfaat serta iktibar untuk kalian serapkan ke dalam kehidupan kalian dalam merentasi arus zaman yang penuh onak dan duri.Atas sebab itu,sukalah saya mengajak kalian berfikir sejenak akan dua nikmat yang sering dilupai oleh manusia iaitu masa lapangnya dan masa mudanya.Dan ketahuilah sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang masa lapangnya sebelum datangnya masa sibuk dan masa mudanya sebelum datangnya masa tuanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah s.w.t .Sama-samalah kita beristiqhomah dalam melakukan sesuatu amalan soleh walaupun sedikit tetapi berterusan.

Free Template Blogger Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Digg it StumbleUpon del.icio.us

0 ulasan:

Syaringan Pictures, Images and Photos

Followers

 
Hak Cipta Terpelihara uS 49